Taman Negara Niah | Pengiktirafan UNESCO hubungkan Sarawak kepada dunia

2022-09-22 0

Pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO) akan menghubungkan Sarawak kepada komuniti pengkaji khazanah di seluruh dunia.

Ia adalah sebahagian sumbangan Sarawak dalam usaha memahami perkembangan sejarah manusia dunia menerusi pemuliharaan antara tapak arkeologi, geowarisan dan ekosistem semula jadi terpenting di Asia Tenggara itu.